TEMPAHAN & PROSES | TEMPAHAN 'ONLINE' |
|
|
|
| Written by Admin | |
|
LANGKAH 1 ISI BORANG TEMPAHAN Anda dinasihatkan untuk mengisi borang tempahan dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kesalahan kad yang dicetak berpunca daripada pihak anda. Sila 'scan' dan emailkan lakaran peta lokasi majlis anda ke
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Sila buat bayaran deposit kepada kami untuk 50% yang pertama. Ini adalah untuk membuat lakaran Peta dan ‘Artwork’. Sila SMS ke nombor 016-3331531/30 atau Fax kan bukti pembayaran anda kepada kami di talian 03-20261531. Untuk SMS sila nyatakan Nama anda dan pasangan, Tarikh, Masa, Nama Bank (Maybank/CIMB) dan jumlah. Contoh: (Ahmad & Aina, 13/02/09, 1.30pm, Maybank, RM 500.00) Pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan No Resit. Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses. Kami akan mulakan proses membuat ‘Artwork’ apabila kami telah mendapat pengesahan tentang bayaran Deposit. Tempoh untuk membuat ‘Artwork’ adalah 3-5 hari berkerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk membuat pengesahan atau ada perubahan tentang rekabentuk 'Artwork' . Sila semak dengan teliti butiran dibawah:- Proses mencetak akan dimulakan apabila Proses semakkan ‘Artwork’ telah selesai. Semasa proses ini sebarang pertukaran tidak akan dilayan. Tempoh proses mencetak kad adalah diantara 7-14 hari berkerja bergantung kepada kerumitan kad kahwin anda dan musim perkahwinan. Pihak kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap untuk diambil atau anda juga boleh menghubungi kami selepas 10 hari bekerja untuk mengetahui status kad anda. Sila buat bayaran akhir baki 50% dari jumlah sebenar tempahan apabila pihak kami menghubungi anda bahawa kad anda telah siap sedia. Sila SMS ke nombor 016-3331531/30 atau Fax kan bukti pembayaran anda kepada kami di talian 03-20261531. Untuk SMS sila nyatakan No Resit, Nama anda dan pasangan, Tarikh, Masa, Nama Bank (Maybank/CIMB) dan jumlah. Contoh: (1019, Ahmad & Aina, 13/02/09, 1.30pm, Maybank, RM 500.00) Penghantaran hanya akan dibuat diatas permintaan anda sendiri setelah pihak kami telah membuat pengesahan tentang Bayaran Akhir. Sekiranya anda berada diluar kawasan KL perkhidmatan courier SKYNET akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. Harga mengikut berat kad. Bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan mengambil masa 2-3 hari bekerja. |
| < Prev | Next > |
|---|
Galeri Kad Kahwin Classic Vision
Lot 4.10, Tingkat 4 Bangunan Plaza Warisan,
Jalan Tun H.S Lee, 50000
Kuala Lumpur
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Bersebelahan Uda Ocean, Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Stesen LRT Pasar Seni, Bus Stand Klang
N 3.142268, E 101.696153
016 333 1531(Poojie)
016 333 1530 (Elly)
Tel/Fax : 03 20261531
Waktu Urusniaga
Isnin - Sabtu
10.00pg - 7.00mlm
Ahad & Cuti Umum
Sila Buat Temu Janji Dahulu
Kepada yang ingin menyemak 'artwork' sila telefon dahulu
Kepada mereka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan pada
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan anda sekarang. Ini bagi mengelakkan berlakunya kelewatan untuk menyiapkan kad anda. Ini juga memungkinkan tempahan anda akan ditolak.!!!!!!!!!